idarafidah

Friday, 21 December 2012

nieyyda. diary bergerak.haha

a. dear niey..

ku lom mandik. jam dah kol pa tok.  duhh. kelaparan gik ya.haha. baju dah bau masam tok. haha. ank dara tok mndik ahey time cuti2 ptok, mcm ni mak xbsin. sorry ma. haha. blagu dfah perut ku tok oy.. haha. antap ada bbunyi. haha. mperey. dah la lebih da mlut wg cina ya tek, sa ku nk tikam k kotak mary kay ya jk. eei. ku gk twk ti tulah an wg tua twk x. shibettttttt wk laa. uhuh. dasar wg cina tua laki kulup. done with menganok. haha. bpa dh dosa dtanggung apak ku ntm aku tok. dah la aku terbabas suiboh pg tek. ng mmus. haha. haha. okay lk nymbong gk.

assalamualaikum. sabtu. 22.122012.

dear diary.

akumostanaw. dear nieydda, nieyy... sakid doh perut ku, omagad, allah, xbleh aku mngeluh. astaghfirullah. ngucap. hm. da ka tut ku ska tng owg? masya allah. kawan jk fiey. uhh. ada ka ptut ny mdh xt ublish post, hodoh punya blog.. haha. blog d anok nya. ada kaptut. haha. fmly jenayah//? whoaa. tabik spring. haha. ada rekod jenayah. tut la. ceh, msok brita lm tok. hahaha. pa jd diary ku tok. haha. tpon gk caz.xpt kak whatsapp. haha. dh tbiasa an whatsapp. nggu tpon bb tok. aaa. mahwaku. huhu.. adui.. asa mok period. ng time nya mok atg la tok. hahha. aduhhh... eeeii.. okay, lk sambong gk.

assalamualaikum. tata. jumaat, 21.12.2012

sorry

dear pembaca ,

sorry. cerpen otw publish, liz akn usahakn untuk publish. okay? dlm tahun tok jwk kua. boh isau. klk i tag you all kat fb n tweet. in future, liz akn hantar karya liz ke penulisan2u.com. doakn liz cepat2 siapkn cerpen liz. okay? hehe.

assalamualaikum.

salam sayang, LIZFARAZYFARA.ONEINAMILLIONGIRL.

lmk x on blog.

im not in love. ya jk. blkg bau gamat. mnyk gamat mbk berurut. sakid blkng. huhu

Thursday, 22 March 2012

hari-hari terakhir bersama ...

sik makan tengah ari.ngadap mukanya untuk kali terakhir.sakit jiwa tuk.orang dah nyelak aku.aku sik pernah rasa hilang yang bena-bena hilang macam tuk.aku pun siknyangkak nya berik benda yang sama dengan aku berik dengannya sedangkan meq duak sikda molah plan kedak ya.lebih dari 8 tahun,mun kamek duak still sik pulang balit,janji ya automatik terbatal.aku sik bukak fb aku.aku just bukak tweet jak.mun ku bukak fb,lu berulang gik dari awal,piluk ati ku lak.tweet jak penghubung meq duak dalam diam.honestly,ku sikpat jaoh darinya.aku benar-bena rasa jaohnya perasaan ya.meq duak dah ada life dirik pun.aku bukan half nya agik macam sebelum tuk.aku piluk nangga msg nya tek.ku paham macam ni perasaan nya.nya yang sik pernah jaoh dari aku.aku yang sik pernah jaoh darinya.macam ni aku nak melepasnya?:saiful dolok okay jak.dapat ku lepas.nya?dah la bro kesayangan aku kat bintulu,dengan semangat2 ku skali d mbak abang aku ya.tuk ilang gik separuh aku,kawan hati aku,lemah aku nak berdiri tapi aku cuba kuat.aku tauk aku mampu.aku dah sikpat bergantung dengan orang gik.tuk masa aku untuk aku pun.tapi sik mudah aku nak melupakkan insan mhd shafiq zawali b othman ya.k.thTS ALL.ARI TUK BDAY NYA TAPI ARI TUK LA HARI YANG MENYEDIHKAN UNTUKNYA..

Wednesday, 15 February 2012

??

Mengantuk sebab tido ahey malm tadik. Hahaha!

Kau Umpan Hatiku

"Aku nak buat apa esok ek? Eh,bukan aku nak cari kerja ke? Hisy.. Macam manalah aku boleh lupa ni? Setahu aku,aku mana pandai dalam bab-bab lupa ni? Argh!! Lantaklah. Ada aku kesah? Hehe.. "
Irdina Zhufairah,terkenal dengan sikapnya yang suka bercakap seorang diri. Gila kot? Hehe..
"Hoi! Bercakap sorang-sorang ni apa kes? Gila ke? Eei.. Malulah aku dapat adik macam kau ni. Hahaha.. "
Irdina hanya mencebik apabila melihat abangnya,Arfa ketawa. 'Menyampah betul abang aku yang sorang ni. Dah la masuk bilik tak bagi salam. Suka-suka dia je nak terjah masuk bilik orang. Aku bukan budak lagi. Dah teruna tau.. '. Irdina berkata-kata di dalam hatinya. Dia sememangnya tidak suka dengan 'jawatan dara' yang disandangnya. Baginya,jawatan tersebut seolah-olah mempromosikan dirinya yang masih dara. Oleh sebab itu dia menyifatkan dirinya sebagai 'teruna'. 'Eh,bukan ke benda tu maksudnya sama? Lantak la ko Irdina. Hehehe. "Amboi,termenung pulak dia.. Kenapa ni? Nak kawen ke?Makkkkk!!! Adik nak kawen!! Hahaha..." Arfa menjerit sambil ketawa. Tanpa membuang masa, Irdina terus mengambil kamus di atas mejanya dan melontarkannya ke arah Arfa. "Hoi! Apa ni,sakit tau!! Habis muka macho aku ni merah. Kau ni,memang kan.. Ganas!" Arfa mula menilik mukanya di cermin meja solek milik Irdina. "Tu lah,sebut lagi yang bukan-bukan. Ambik kau penangan dari aku. Best tak? Hehehe.. " Irdina hanya tersenyum melihat gelagat abangnya. "Apa bising-bising tadi? Kamu berdua ni memang tak sah kalau tak buat kecoh dalam rumah ni. Kalau dah jadi suami orang,isteri orang, tak ke malu kalau perangai masih macam ni.. Dari kecik sampai besar,sama je mak tengok. Dina,jom tolong mak kat dapur. Dah petang sangat ni, Sat lagi ayah dah nak pulang. Esok masih ada masa kamu berdua nak buat bising dalam rumah ni." Puan Zulaikha membebel panjang.

----------------
"Adoi! Penatnya.. Satu kerja pun aku tak dapat. Macam mana ni? Kalau aku duduk rumah,bosanlah. Huhu..".
Irdina mengeluh sendirian. "Woi! ko ni,apehal cakap sorang-sorang ni? Takde kerja lain ke? Kau ni gila ke apa? Kalau kau takde kerja,meh sini,borak dengan aku. Aku pun bosan jugak macam kau. Bukan kau sorang je yang bosan dalam dunia ni. Eh,tadi kau cakap kau pasal job. Kau ni,tengah cari job ke? Yelah,dari face kau ni nampak sangat takde kelulusan. Muka macam kau ni sesuai jadi maid. Kau tau? Hahaha..". 'Makhluk asing' tersebut mula mengambil tempat duduk disebelah Irdina. "Eh,kau ni,slumber badak kau cakap aku  ni takde kelulusan? Macam mana aku nak ada kelulusan,SPM aku belum keluar lagilah bangang! Apa salah aku cari kerja? Bukan aku ada mengacau keturunan kau.. Mulut kau ni,dah berapa lama tak bayar insurans? Dah tu nak ajak aku berborak. Kalau aku berborak dengan kau ni,terpaksalah kau belajar hidup tanpa kepala selepas ni. Mulut kau tu,buruk sangat. Suka-suki kau je melepaskan kata-kata dari mulut kau tu. Langsung tak fikir pasal perasaan orang." Irdina menegur sinis.
Bagi Adam Zafri,inilah kali pertama dia ditegur oleh seorang perempuan mengenai sikapnya yang bebas berkata-kata tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Sebelum ini,setiap kali perempuan yang ada di hadapannya pasti akan tergoda dengan susuk tubuhnya yang sasa dan sepasang mata yang seksi serta kulit putih yang dimilikinya. Namun tidak bagi permpuan ini. Dia masih mampu melilau ke arah lain dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tergoda akan dirinya. "Zaf! kamu ni.memang kan! tengok ni ha,tak kesian kat akak ke bawa barang banyak-banyak ni? Akak dah lama sangat tak shopping ni,yelah,akak kan malas dalam bab-bab shopping ni. Kalau tak shopping,mama marah sebab balik-balik pakai baju yang sama. Eh,sapa ni? Ya Allah.. Comelnya! Macam baby gitu.. Hahaha.. Kawan ek? Ke awek? Okey apa.. Kalau nak dibandingkan dengan..". Irdina dan Zafri terkejut dengan kehadiran Nadira Shafiyyah. " Akak! Akak ni memang kan!! suka nak buruk-burukkan  Zea. Baik buruk Zea, Zaf tetap sayang Zea. Perempuan ni bukan awek Zaf la. Zaf tak kenal. Belum sempat berkenalan pun. Nak kawan apa nya.." Zafri terus memotong percakapan kakaknya,Nadira. Tanpa membuang masa, Irdina terus melangkah pergi dari situ dan terus keluar dari pusat membeli belah tersebut meninggalkan Zafri dan Nadira.

----------------------------
Lagu International love yang dilantun oleh Chris Brown feat Pitbull berkumandang di dalam kereta. Mengisi kesunyian antara Nadira dan Zafri. "Eh,Zaf! Tu bukan budak perempuan tadi ke tu?" Nadira dan Zafri berbalas pandangan sebentar. "Kenapa? Akak nak tumpangkan budak tu ke?" Zafri hairan. "Akak nak berkenalan dengan budak tu kejap,boleh?" .Tanpa menunggu masa, Zafri terus memberhentikan kereta  miliknya di hadapan pondok bas tersebut. Irdina agak terkejut dengan kehadiran mereka berdua namun dia hanya membiarkannya. "Saya Nadira. Yang tadi tu adik saya,Zafri. minta maaflah pasal tadi. Adik saya memang macam tu. Dah penat papa saya tegur. Mama tak berani nak tegur. Dia sayang sangat kat Zaf. Adik saya ada cerita pasal awak tadi. Nama awak?" Nadira tersenyum melihat gadis di hadapannya. "Saya Irdina. Kakak ni memang berbeza dengan adik akak. Akak hormat saya. Adik akak tu tak tahu nak jaga hati orang. Suka hati dia je nak cakap." Irdina meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap sikap Zafri kepada Nadira. Senyuman Nadira bertambah lebar apabila mendengar pujian dari mulut Irdina. "Oh ya,adik ni,memang nak cari job ea? Kat rumah ada job, jadi maid. Adik nak ke? Gaji RM980 sebulan. Tempat tinggal disediakan. Adik tak payah la nak ulang-alik dari rumah adik ke rumah akak. Hujung minggu adik boleh pulang kat rumah adik. Rumah besar sangat dik. Tak larat seorang maid menguruskan menguruskan rumah tu. Kalau tak nak,akak pass kat orang lain. Untuk sementara pun takpe." Sekali lagi Nadira mengukirkan senyuman di wajahnya. Bagi Irdina,karakter Nadira dan Zafri sungguh berbeza. Nadira kelihatan lebih sopan melalui percakapan dan penampilannya. Sederhana dan simple. Zafri pula agak kasar dalam percakapan dan seorang yang bergaya.

"Ni alamatnya. Esok adik boleh datang kerja kalau nak? Kalau tak nak takpe. Akak tak paksa. Oklah, akak pergi dulu. Assalamualaikum." Nadira  menghulurkan kad dan bersalaman dengan Irdina. "Akak,thanks ya? Kalau takde halangan,esok Dina datang. Sebelum subuh lagi dah muncul. Hahaha.. Waalaikumsalam." Irdina cuba berlawak dengan Nadira. Nadira hanya ketawa melihat Irdina.

-----------------------
"Assalamualaikum!! Makk!! Dina dah dapat kerja!!" Dia terus meluru ke arah Puan Zulaikha yang sedang menjahit. "Ya Allah.. Budak ni,tak macam perempuan langsung. Kalah perangai Arfa. Waalaikumsalam. Alhamdullilah. Bila nak kerja ni?" Puan Zulaikha hanya tersenyum melihat gelagat anak daranya. "Erm.. Esok boleh datang mak. Dina dapat kerja jadi orang gaji. Ni ha,alamatnya." Irdina memberikan kad tersebut kepada emaknya. "Eh,ni bukannya tempat rumah-rumah mewah tu ke? Kalau dah rezeki kamu kat situ,mak tak kisah.Janji halal Dina. Tu yang penting." Puan Zulaikha mengusap belakang anaknya dengan penuh kasih sayang.

--------------

Seawal jam enam pagi,Irdina sudah terpacak di hadapan pintu pagar Villa Cenderawasih. Setelah menekan loceng beberapa kali,dia akhirnya dibenarkan masuk ke dalam rumah tersebut. Dia disambut oleh Pak Kamal,pemandu yang berkhidmat di rumah tersebut dan isterinya, Mak Idah. Beberapa minit kemudian barulah Irdina melihat tuan rumah sekeluarga. Dato' Zainal memperkenalkan dirinya bersama isterinya,Datin Hazirah. Irdina sememangnya tidak percaya,ternyata Zafri mempunyai seorang lagi kembar,Arham Rifqi. Sikapnya tak ubah seperti sikap Nadira.Sopan. Ternyata kehadiran Irdina cukup disenangi di situ.Tanpa melengahkan masa,Nadira terus menarik Irdina untuk bersiar-siar di sekitar rumah tersebut. Irdina melopong melihat dekorasi dalam dan luar rumah tersabut. Baginya,tak ubah seperti dekorasi yang terdapat di dalam majalah Anjung Seri dan Impiana. Cukup menarik. Selepas itu,barulah Irdina memulakan kerjanya sebagai pembantu rumah di Villa Cenderawasih.

---------------------

"Hai,penat ke?" Rifqi mengambil duduk di sebelah Irdina. Irdina masih lagi mengurut tangannya yang lenguh. "Penat la jugak." Balas Irdina acuh tak acuh. "Erm,kalau macam tu,kita tak nak kacau awaklah. kalau ada apa-apa, awak jangan segan-segan panggil saya ek?" Rifqi menghadiahkan senyuman manis kepada Irdina dan terus mengangkat punggung setelah habis berkata-kata. Irdina membalas senyuman dan mengahantar pandangan kosong setelah Rifqi berlalu dari situ. Irdina melilau ke kiri dan ke kanan apabila terasa dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang. "Amboi.. Kau nak goda adik aku ke Dina? Dah takde lelaki lain ke kat dunia ni? Hahaha.. Relaks la, aku gurau je. Kalau penat,kau masuk bilik Benda tu,kemudian pun kau dapat buat. Aku pun dapat buat kalau kau bagi aku buat. Hehe.. " Zafri tersengih melihat Irdina. "Takpelah Terima kasih. Dah memang kerja saya. Minta maaflah,saya nak buat kerja ni bersendirian. Okey?" Irdina memandang Zafri sambil tersenyum. Entah mengapa, hati Zafri terusik melihat lesung pipit milik Irdina. 'Comel!' Zafri memuji di dalam hatinya. Tanpa membuang masa,Zafri terus melangkah pergi meninggalkan Irdina. Irdina juga sejak kebelakangan ini tidak membahasakan dirinya aku-kau dengan Zafri
"Assalamualaikum!" suara tetamu kedengaran dari luar pintu utama. "Waalaikumsalam. Nak cari siapa?" Irdina menghadiahkan senyuman manis kepada gadis tersebut. "Mak ada tak?Mak Idah. Saya ni anak dia. Saya Qairina Wafiyyah. Panggil Qaiy je. Awak ni ke Irdina?" Qairina terus bersalaman dengan Irdina. "Ha'ah. Saya la ni. Ni mesti mak ada cerita kat awak kan? Haha.." Irdina dan Qairina sama-sama ketawa. "Eh,awak panggil mak saya mak ea? Best jugak ni,ada adik-beradik baru. Haha.." Qairina merupakan anak tunggal pasangan Mak Idah dan Pak Kamal. Mereka sudah lama menetap di rumah Dato' Zainal kerana tiada tempat berteduh setelah abang kepada Pak Kamal menjual tanah satu-satunya milik Pak Kamal sekeluarga untuk membayar hutang dengan along. Qairina sekeluarga bersyukur kerana Dato' Zainal sanggup membantu mereka. Pernah beberapa kali Pak Kamal memohon untuk tinggal di luar namun tidak pernah mendapat persetujuan Dato' Zainal. Alasannya dia tidak suka Pak Kamal meninggalkan rumah ini dan dia sendiri menganggap Pak Kamal seperti abang kandungnya sendiri. Kini Qairina sudah pun menghabiskan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan bekerja sebagai doktor di sebuah hospital swasta. "Mak awak tak bagi saya panggil dia Mak Idah. Panggil mak je. Haha! Mak pun ada cerita pasal awak. Awak ni cantik lah. Saya suka sangat tengok mata awak tu. Awak fotostat mata mak. Hahaha!" Tanpa berselindung, Irdina memuji kecantikan yang dimiliki Qairina. Qairina hanya ketawa kecil.

----------------------------

"Zea,malam nanti I jemput you kat rumah. Okey? Kita dinner sama-sama. I missed you a lot of love,honey.." Zafri merengek manja kepada Shazea. Shazea hanya ketawa melihat gelagat Zafri. Shazea berasa amat beruntung kerana dapat memiliki Zafri. Baginya lelaki tersebut ada segala-galanya. Dari harta hinggalah rupa paras,semuanya, TERBAEEEKK!! Bagi Shazea,harta bukanlah keinginan utamanya untuk mendekati Zafri. Tetapi hati Zafri yang belum pernah dimiliki oleh sesiapa sebelum ini dan niatnya untuk membalas dendam kerana Zafri pernah memperkotak-katikkan maruahnya di khalayak ramai sewaktu dia masih bertudung litup dahulu. Namun,kerana dendam,tudung litup mula ditanggalkan,rambut dan separuh tubuhnya kini menjadi tontonan ramai. Masa untuk Shazea membalas dendam semakin hampir. "Okey. You pick me at 9.00 pm. Nanti fail ni I bagi kat Intan then I suruh dia pass kat you lepas I check ni. Dear, I've got to go. See ya!" Shazea menghadiahkan senyuman menggoda sebelum meninggalkan bilik Zafri. Namun begitu,adakalanya Shazea berasa bersalah di atas tindakannya. 'Ini bukan diri aku. Aku tak macam ni pun. Aku rindu sangat nak pakai tudung. Aku rindu sangat nak pakai baju kurung macam dulu. Sebab dendam,aku jadi macam ni' Shazea merintih sendirian.

--------------------------

Setelah makan malam bersama Shazea di Restoran Rebung, Zafri merehatkan diri di dalam biliknya. Ketika dia mahu merebahkan diri di atas katilnya, Zafri terdengar pintu biliknya diketuk. "Masuk. Tak payah segan-segan." Rifqi mula membuka pintu bilik abangnya dan terus menapak masuk. "Amboi,semenjak ada awek ni,langsung kau tak hirau aku ni dah. Aku ajak kau main bowling,tak nak. Asyik nak berkepit dengan Zea tu je kerja kau. Lama sangat dah aku tak lepak-lepak kat luar bersama kau. Cuba kau tengok aku, Playboy malaya ni,takde maknanya aku berkepit degan sorang perempuan je. Asal aku nampak cantik,aku ngap terus. Hahaha.. Tak boring ke mengadap sorang awek? Kalau aku la kan, bosan nak mampus! Hahaha.." Zafri menekup telinganya. Malas mahu melayan celoteh adiknya. Namun,apa yang diceritakan Rifqi sebentar tadi adalah benar. Dia juga turut mengakui, dia sudah lama tidak menghabiskan masa bersama adiknya. "Hoi! Aku penat-penat memuntahkan kata-kata,dia mengelamun pulak." Rifqi mengejutkan abangnya. "Nanti esok malam,aaku bawak kau keluar main bowling. Lepas tu aku join kau google awek. Okey sayang?" Zafri memainkan jarinya di dada Rifqi persis perempuan menggoda lelaki. "Woi! Apa ni,kau budak songsang ke sampai nak goda aku ni?" Rifqi terus mengetuk kepala abangnya. "Sakitlah! Kau ingat kepala aku ni pintu ke sampai kau nak ketuk-ketuk! Mana ada aku budak songsang. Tak bernafsu langsung aku tengok kau! Haha.." Zafri berniat hendak menggeletek Rifqi namun pantas dihalang Rifqi. "Hahaha.. Tak payah kau nak google awek lain. Awek kat dalam rumah ni kau belum google lagi. Tu, Qaiy dengan Dina tu, kau tak nak google ke? Qaiy tu okey apa. Makin hari,makin cantik aku tengok. Tak macam kecik-kecik dulu,comot!Hahaha..Kalau kau nak yang muda gitu,kau ambik si Dina tu. Huh! okey jugak tu. Not bad. Tapi dia tu macam nak tak nak je layan aku. Ni mesti kes akak bagitau kat Dina yang aku ni playboy terhormat. Hahaha.."Zafri hanya ketawa mendengar luahan Rifqi. "Kau ni dah kena jangkit penyakit aku ke? Yelah, dulu kau ni spesies kakak. Sekarang kau dah macam aku jugak,suka hati kau je nak cakap. Haha.. Great! Welcome to my club ya! Hahaha.." Ketawa Rifqi dan Zafri bergabung.

------------------------------

"Macam tak cukup je. Sayur dua,ayam takde,ikan pun takde. Dah la Pak Kamal dan mak pergi hospital nak buat medical check-up. Hm.. Sapa yang dapat aku tolong belikan semua barang nih? Datin keluar nak tengok butik. Kak Nad,pergi ke tapak projek. Dato'? Tak payah cakaplah,memang ke pejabat. Zafri? Ada. Dengan buaya darat a.k.a Rifqi tu pun ada sekali. Qaiy? Tidurla tu selepas qiamullail awal pagi tadi. Apa aku nak masak tengah hari ni? Nak tak nak, terpaksa meminta pertolongan dari manusia tu. Haiyaa.. Kalau Zafri,aku tak tahan dengan mulut dia tu.. Tapi okey jugak daripada si buaya darat tu. Hehe.." Setiap butir perkataan yang dikeluarkan Irdina didengari oleh Qairina. "Amboi,sedap-sedap dia cakap kita tidur ek?? Nah,ambik ni!" Qairina menghadiahkan satu cubitan di pipi Irdina. ''Irdina ketawa. Walaupun Qairina baru berkenalan dengan Irdina,namun mereka kelihatan seperti sudah lama berkenalan. "Qaiy,barang tak cukuplah. Tengok ni ha.." Irdina menunujukkan makanan yang ada di dalam peti ais tersebut. "Erm,kalau macam tu, Qaiy panggil Abang Zaf dan Rif kejap. Nak bagitau pasal ni. Okey?" Irdina menggangguk perlahan.

Qairina mengetuk pintu bilik Zafri. "Assalamualaikum. Abang Zafri, Qaiy ni. Tolong Qaiy boleh?" Belum sempat Zafri membuka pintu, Rifqi terlebih dahulu membuka pintu. Rifqi tidur bersama Zafri setelah berborak panjang malam tadi. "Ya ada apa Qaiy?" Rifqi menghadiahkan senyuman menggoda mengenyitkan mata kepada Qairina. "Ko ni,pasal perempuan,nombor satu! Anak Pak Kamal pun kau nak goda jugak.Apa la kau ni.. Qaiy tanya aku,bukan tanya kau,bahlul! Ada apa Qaiy?" Qairina hanya menunduk kerana malu melihat kedua-duanya tidak memakai baju. Hanya mengenakan seluar pijama. "Barang kat dapur dah habis. Nak minta tolong belikan boleh?" Qairina membuat muka kasihan. "Okeylah kalau macam tu,tunggu sekejap eh? Qaiy kemas-kemas dulu then Zaf dan  Rif bawak Qaiy jalan." Senyuman Rifqi bertambah lebar apabila mendengar penerangan abangnya. "Erm,okey! Qaiy bawak Dina sekali." Qairina terus berlalu. Tidak sanggup berlama-lama di situ. 'Kenapa Rifqi tu,tak pernah tengok permpuan ke? Aku dari kecik main sama,balik-balik sekarang dia macam nak telan tengok kita. Apa yang tak kena dengan muka aku ni? Aku rasa okey je. Aku cantik sangat kot? Hahaha!!' Qairina menuruni tangga sambil tersenyum.
"Dina,kemaslah. Lepas ni Qaiy bawak Dina join sama kitorang jalan-jalan beli barang dapur. Nak?" Tanpa membuang masa Irdina menggangguk dan Terus berlalu meninggalkan Qairina sendirian di dapur.
'Auch! OMG! Aku kena PERIOD lah!! Ya Allah,aku kena bagiatu Dina ni. Aku senggugut.' Qairina memegang perutnya yang sakit terus keluar dari biliknya untuk memberitahu Irdina dia tidak dapat menemani Irdina membeli barang dapur.
"Zaf, aku tak dapat join kau jalan la,tengok aku ni,dah tiga kali keluar masuk tandas. Kau pun tahu aku tak tahan makan makanan pedas tapi aku makan jugak sebab mama masak sedap sangat malam tadi. Kau pergilah teman Qaiy dan Dina tu. Okey?" Zafri yang turut memahami keadaan adiknya terus mangangguk dan berlalu keluar dari bilik Rifqi.

---------------------------

Akibat terlalu sakit,Qairina tidak mengenakan tudung sewaktu keluar dari biliknya. Dia terus menuju tempat telefon rumah ditempatkan untuk menelefon ayahnya. 'Mana ayah dan mak ni? Dua-dua voicemail. Qaiy Dah tak tahan dah ni. Handphone kehabisan kredit untuk call mak dan ayah. Ya Allah,Kau sembuhkanlah penyakitku ini.'Qairina merintih. Wajahnya pucat. Tangannya menggeletar. Peluh dingin  sudah mula keluar dari tubuhnya. Pada masa itu,kebetulan Rifqi daripada dapur membawa segelas air dan melihat keadaan Qairina kelihatan tidak bermaya dan memegang perutnya. Ketika hendak menjejakkan kaki ke arah Qairina, Qairina terlebih dahulu pengsan. "Qaiy!!" Rifqi menjerit dan melajukan langkahnya. Entah bagaimana,gelas yang mengandungi air yang dibawanya terlepas dan menyebabkan segala isinya tumpah. ke atas lantai. Rifqi yang tidak dapat mengimbangi diri ketika berlari akibat air yang tumpah di atas lantai tersebut menyebabkan dia terjatuh dan secara tidak sengaja memeluk Qairina yang terbaring di atas lantai. Akibat terlalu terkejut, Rifqi tidak dapat berbuat apa-apa dan mengambil kesempatan merenung Qairina.

-------------------------

"Dina,aku tak laratlah nak angkat semua barang ni." Zafri membuat muka kesian kepada Irdina. "Eei.. Awak ni,pondan betullah,saya angkut lagi banyak dari awak tau tak!" Jawab Irdina geram. "Saya tak pondan okey? Aku boleh buktikan kepada kau yang aku ni tak pondan. Hahaha!!" Zafri ketawa berdekah-dekah menyebabkan orang sekeliling mula memandang ke arah mereka berdua. "Eei..cubalah kontrol diri bila nak ketawa. Malulah. Tengok tu,semua pandang kita." Irdina berkira-kira hendak keluar dari pintu utama Tesco.
Dalam perjalanan,Irdina mula menyuarakan pendapatnya yang ingin berhenti bekerja dan ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara setelah menerima tawaran dari salah sebuah universiti di luar negara. "Kalau macam tu, nanti aku bagitau kat papa yang kau ni nak berenti keje. Okey? Sunyi la aku selepas ni sebab takde kau kat rumah tu. Haha.. Orang lain semua sibuk kalau aku cuti. Kalau kau ada,tak boring. Aku suka dengar kau tegur aku." Zafri tersenyum riang. "Alaa.. Kau cari la orang gaji yang lain kalau kau bosan. Apa la kau ni.. Hehe.. " Irdina ketawa kecil melihat mulut Zafri sudah mula memuncung seperti itik. "Tak nak lah, Tak best. Kau sorang je best. Kalau kau ada,satu rumah tu riuh. Hahaha.." Irdina tersenyum senang. Dia juga turut mengakui yang perhubungan antara dia dan Zafri semakin akrab. Walaupun cara Zafri kelihatan kasar dari segi percakapan tetapi dia seorang yang suka diberi perhatian oleh orang disekelilingnya. Jauh di sudut hati Irdina,dia juga turut berasa sedih meninggalkan Zafri. 'Kenapa aku sedih nak tinggalkan dia? Aku dengan dia ni bukan ada apa-apa pun. Dia anak majikan aku. Tu je.' Hati Irdina berbisik halus.
'Kenapa kau nak tinggalkan aku Dina? Aku sunyilah kalau kau takde.Kenapa aku ni? Kenapa aku mesti rasa macam ni? Entah-entah frust sangat dengan perbuatan Zea dulu kot?Hahaha.. ' Zafri tersenyum kelat.

-------------------------

Dua hari sebelumnya..
"Zea? Apa ni? Ni sapa? Cuba cakap kat I apa yang you dah buat? You tahu tak,yang you ni merosakkan kerjaya I? You tahu tak betapa pentingnya tender untuk syarikat papa I ni? You ni memang kan? You sukalah tengok I kena marah dengan papa I kan? You selalu macam ni. You ni kenapa sebenarnya? Kenapa you buat macm ni kat I? Kenapa? Apa salah I pada you? Kenapa you senang pass tender tu kat syarikat lain? Apa masalah you?!" Zafri sudah meninggikan suaranya. "Zaf, you know what? I suka tengok you jatuh. I suka tengok you dimarahi oleh papa you. I suka sangat. I tak suka tengok you berada di atas. Sekarang I dah puas hati sebab papa you dah hilang kepercayaan kat you. Untuk pengetahuan you,I dekat dengan you sebab I nak balas dendam dengan you. You ingat tak apa yang you dah buat kat I dulu? You malukan I tau tak! I tak dapat lupakan apa yang you pernah buat kat I dulu and now you deserve it! I dah balas dendam kat you!" Shazea membentak keras. Zafri hanya terdiam. Tidak menyangka gadis yang disayanginya selama ini telah mengkhianati dirinya. Mungkin inilah karma baginya kerana dia telah memalukan Shazea di khalayak ramai suatu ketika dahulu.

----------------------------

"Ya Allah! Budak berdua ni! Rifqi! Kamu sedar tak apa yang kamu buat kat Qaiy ni?" Suara Dato' Zainal nyaring memecah kesunyian Villa Cenderawasih. " Qaiy?! Ya Allah.. Nak,bangun nak?" Pak Kamal dan Mak Idah terus mendapatkan Qairina yang terbaring di atas lantai. "Papa,Rif tak buat apa-apa kat Qaiy,Rif tadi pulang dari dapur nampak Qaiy tengah telefon lepas tu dia letak gagang telefon dan dia pegang perut dia. Tak lama selepas tu Qaiy terus pengsan dan tak sedarkan diri sampai sekarang.Rif ingat nak tolong Qaiy tapi Rif tak tau la,gelas ni tiba-tiba terjatuh dan air yang ada kat dalam gelas ni tumpah. Sebab Rif lari laju sangat,lantai licin sebab air tumpah dan Rif terjatuh terpeluk Qaiy. It was accident,papa." Rifqi sedaya upaya mempertahankan dirinya. Dato' Zainal hanya mendiamkan diri. Setelah mendengar penjelasan Rifqi,Pak Kamal terus membawa Qairina ke hospital.
"Rifqi,sebelum benda ni tersebar ke luar sana,baik kamu kahwin dengan Qaiy. Papa malu dengan Pak Kamal setelah apa yang kamu buat tadi. Papa takut dia ingat yang papa ni selamatkan keluarga dia sekadar mainan sahaja. Papa tak nak dengar apa-apa bantahan dari kamu. Umur macam kamu ni pun memang layak nak kahwin dah. Jangan iangat selama ni papa tak tahu yang kamu ni playboy terkenal?Tak pernah papa ajar kamu jadi macam tu. Tengok papa ni,sampai sekarang setia dengan mama kamu. Kalau dah kahwin dengan Qaiy nanti,jaga dia baik-baik.Dia permpuan yang baik. Kamu kena layan dia baik-baik. Kalau papa dapat tau yang kamu ni sakitkan hati Qaiy,nahas kamu!" Dato' Zainal bersuara tegas. Rifqi hanya mengangguk.

--------------------
"Bie, bie suka tak jalan-jalan kat sini?" Rifqi menyoal manja isterinya. "Suka. Yalah,first time pergi kat luar negara.Selama ni,tengok kat dalam internet je tempat ni." Qairina terus melentokkan kepalanya dibahu suaminya. Rifqi memilih destinasi bulan madu mereka di Christchurch,New Zealand. Walaupun mereka berkahwin dalam keadaan 'tangkap basah',namun mereka berdua tetap berusaha mewujudkan cinta antara mereka.
"Aik? Saiz 36b? Wow! Haha!" Rifqi ketawa melihat bra milik isterinya."Aaa!! Bie ingat bie pergi kat luar beli makanan untuk kita berdua. Sebab tu bie letak baju kat luar." Qairina menjerit melihat suaminya dan dia hanya mengenakan kain tuala sahaja. Kebetulan juga Rifqi hanya memakai boxer dan berniat mahu memakai baju. Entah mengapa, hati Rifqi terasa berdebar-debar melihat Qairina hanya mengenakan tuala dan menampakkan kulitnya yang gebu serta rambut yang separa basah. Dengan perlahan dia mendekati Qairina. Qairina terasa darah merah mengalir banyak di mukanya. Panas. Merah. Dia malu berhadapan dengan Rifqi dalam keadaan begitu. Belum sempat Rifqi menyentuh rambut Qairina,Qairina terus bertindak melarikan diri. Tiba-tiba kakinya tersadung disebabkan oleh kaki Rifqi menyebabkan tubuh Qairina menyembah lantai. Kain tualanya turut tertanggal dan terdedah segala rahsia dan maruah yang disimpannya selama 28 tahun. Tanpa membuang masa Rifqi terus mencempung tubuh Qairina ke katil. Malam mula membawa rahsianya yang tersendiri.

----------------------------

Semenjak pemergian Irdina,setiap apa yang dilakukan Zafri,pasti ada yang tidak kena. Bukan hanya keluarganya di rumah,pekerjanya turut perasan dengan perubahan Zafri. Zafri mengakui dia terlalu merindui Irdina. Namun,dia takut dengan perasaannya. Dia takut menerima berita jika Irdina sudah berpunya. Dia juga cemburu dalam melihat kebahagiaan adiknya Rifqi bersama Qairina. Petang tadi,dia mendapat berita daripada Rifqi bahawa Qairina sudah hamil dua bulan hasil perkahwinan adiknya. Kakaknya pula sibuk membuat persiapan menymbut kelahiran anak sulungnya hasil perkahwinan kakaknya dengan seorang mualaf. Abang kepada Qairina pula sibuk membuat persiapan perkahwinan yang bakal diadakan tidak lama lagi bersama bekas teman wanitanya,Shazea. Shazea sudahpun meminta maaf kepada Zafri atas sikapnya dahulu. Shazea sememangnya seorang gadis yang baik. Dek kerana sikapnya dahulu menyebabkan Shazea berubah dan kini dia kembali seperti dahulu,iaitu berpenampilan seperti muslimah sejati. Setiap kali dia merindui Irdina,dia akan menyusup masuk ke dalam bilik yang pernah didiami oleh Irdina. Baginya,seolah-olah bayangan Irdina ada di situ.
Semanjak dia berada di bumi asing ini, dia tetap merasakan dirinya tidak lengkap dengan kehadiran seseorang. Ya!Zafri sudah pun mencuri hati kecilnya. Namun dia takut sekembalinya dia ke Malaysia nanti melihat Zafri bahagia bersama isteri dan anak-anaknya. Dia tidak cukup kuat untuk berhadapan Zafri jika lelaki itu sudahpun dimiliki.

----------------------------------------

Setelah lima tahun berlalu, Irdina sudahpun bekerja di syarikat milik Dato' Zainal setelah dia kembali ke Malaysia. Segala kos pengajiannya ditanggung oleh Dato' Zainal. Baginya, Irdina tidak ubah seperti anaknya sendiri. Keluarga  Irdina juga turut mengenali keluarga Dato' Zainal. "Assalamualaikum!" Datin Hazirah memberi salam. "Waalaikumsalam. Ya Allah, kak Zira!Masuklah. Sekejap ye,saya nak buat air. Kak Zira duduklah dulu." Puan Zulaikha bersalaman dengan Datin Hazirah dan mempelawanya masuk ke dalam rumah.
"Sebenarnya macam ni,saya ni, nak meminang Irdina untuk Zafri. Zafri yang gatal sangat suruh saya datang meminat cepat-cepat. Takut disambar orang kata dia. Saya pun,apa lagi,seronoklah.Yelah,Nad sudah, Rif pun sudah,tinggal si Zaf ni je lagi yang tak sudah-sudah. Haha!" Datin Hazirah dan Puan Zulaikha bergabung ketawa. "Amboi,sedapnya ketawa,tak nak cakap kat kita ke?" Encik Azhar menyampuk perbualan antara mereka berdua. "Bila abang sampai? Tak dengar pun bunyi kereta masuk kat garaj." Puan Zulaikha menyoal suaminya. "Awak tu yang dengar. Leka sangat dengar cerita minang-meminang anak dara awak tu." Encik Azhar mengambil cawan teh isterinya dan menelan segala isi yang ada di dalam cawan tersebut. "Apa ni,saya belum minum lagi. Awak dah habiskan semuanya. Perangai ni lah yang turun kat anak-anak awak tu. Ye,memang anak dara awak kena pinang. Tak lama lagi awak merasalah nak bermenantukan lelaki. Datin Hazirah hanya ketawa melihat gelagat bakal besannya.

--------------------------------

"Nak hug boleh?" Belum sempat Irdina menjawab,dia terasa seseorang memeluknya dari belakang. Irdina hanya tersenyum senang kerana suka diperlakukan seperti itu. " Sejuklah kat luar ni." Zafri mengemaskan lagi pelukannya dan mencium leher milik isterinya. "Aik? Abang dah peluk macam ni boleh sayang cakap sejuk lagi? Kalau macam tu,kita masuk kat dalam dan abang bersiap sedia untuk hangatkan sayang." Zafri ketawa sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya."Abang ni,kalau otak tak ke situ tak boleh ke?" Irdina menyoal geram. " Mestilah otak ke situ. Tak boleh pergi ke tempat lain lagi dah. Tengok kakak dan Rif tu,anak dah masuk dua dah. Abang pun nak jugak. Advance punya. Twins. Boleh tak?" Zafri merengek manja. "Nak! Tapi kita kena bekerja keras la bang." Zafri ketawa berdekah-dekah sebaik sahaja Irdina menghabiskan kata-katanya. Irdina dan Zafri berasa sungguh bahagia. Bagi Zafri,dia tidak menyangka dia akan jatuh cinta dengan Irdina. Baginya,Irdina hanya layak menjadi bahan kutukannya. Namun tidak lagi kini. Sejak dia mengenali Irdina juga,dia mula mengeluarkan kata-kata yang sopan dan tidak menyakitkan hati orang sekelilingnya. Bagi Irdina pula,dia bersyukur kerana mempunyai suami seperti Zafri. Zafri juga sudah banyak berubah semenjak mengenalinya. Dia berharap agar kasih mereka diredhai Allah hingga ke syurga.

TAMAT!


:: karyaku yang pertama. Diharap semua memberi komen membina kepada saya setelah membaca karya pertama saya. Agak nervous untuk menjadikannya sebagai bacaan ramai tapi saya cuba untuk menghasilkannya menjadi tatapan umum.

Sekian, LIZFARAZYFARA :) <ONEINAMILLIONGURL>-THEONLYMENURAFIDAHARIFFIN~

Friday, 27 January 2012

Wednesday, 25 January 2012

Wednesday, 18 January 2012

Monday, 16 January 2012

sayadanmereka

16 JANUARI 2012.
Merupakan hari kedua aku tanpa dirinya.Sungguh aku rindukannya. Tapi dia? ... the one that got away... huhu

missed it

I miss my friend. I always remember when we ever met before. For now and forever so. I miss when I'm sharing my secrets,my needs and everything that I've ever shared to all of you. This is the first time for publish my diary in ienglish in this blog. Hahahahahahaha!!! Funny right? It also sounds like crazy too much. Hahahahaha! Once again, I laugh. For NUR SUTHIRA,thanks for follow me. Hehe.. ok, that all. Oh ya, erm.. NUR ATIQAH, thanks for the comments. Hihi. 


oneinamilliongirl
                       lizfarazyfara

Sunday, 15 January 2012

Kau hadir tanpa ku pinta
Hadirnya dirimu membawa cinta
Tanpa ku tahu
Diriku bertakhta di hatimu
Untuk sekian lama
Berakhirlah penantianmu
Saatku menerima dirimu
Ternyata aku
Membuka pintu hatimu
Yang sekian lama tertutup
Bermulalah episod cinta antara kita
Cintamu dan cintaku
Terukir dengan indahnya
Tanpa ku sedari
Diriku menyelami cinta yang cukup indah
Dari persahabatan menuju ke arah cinta
Dari sifatmu
Hatiku terusik dengan dakapan cintamu
Dan akhirnya
Bertakhta di hatiku
Tak mampu ku ucap
Tak mampu ku ungkap
Hebatnya cintamu menusuk hatiku
Mengubati hatiku yang telah lama terluka
Kerana cinta yang lalu
Ternyata cinta tak semestinya indah
Jauhnya hatimu kini
Membuatkan aku terkapai-kapai mengejar cintamu
Hatimu yang terhilangkan cintaku
Yang sekian lama menetap di hatimu
Begitupun haru hatimu
Aku tetap mencintaimu hingga akhir nafas ini
Cintailah aku sepenuh hatimu
Pintaku dari hatimu
Ikhlaskan hatimu untukku
Seperti dahulu
Hatimu diraih sepi
Yang sukar dimengerti
Aku tak mampu melihatmu pergi
Aku ingin bersama dirimu
Hingga syurga
Ingin aku indahkan
Cinta yang ada
Diindahkan dengan lafaz suci
Dan cintailah aku seprti Adam A.S mencintai Hawa
Akan ku nantikan cintamu

Sunday, 8 January 2012

diari hariku..

Hurm..xapt tmak laa.. ny ada acc tweet also...huhu tweet tmpt aku mluah prasaan.. hurm, skali gk aku hurm.. hahaha...... ny kata, ny xkan jatuh cinta.. tapi? .... huhuhu, sdih tawk. aku xtwk ny cyes ka x an aku. tp aku sayang nya.. gla kn? hahaha

aku xtwk sjaoh ni ny ikhlas an  aku.. mn ny xsyg aku pn, aku tetap syg nya... aku xtipu..

Friday, 6 January 2012

Wednesday, 4 January 2012

apiz,insyirah,hussna

Hari ini,saya bersama-sama anak saudara saya memilih corak <backgrond> untuk blog saya.. WECOME TO BLOG!!